Joseph Pairin Kitingan
Green Card
Posts  1 - 1  of  1
koyo
Selamat sejahtera Datuk...

4 hari yang lepas orang heboh dengan kad hijau yang akan dikeluarkan oleh kerajaan kepada penduduk asing. Saya pun tertanya-tanya apa kah yang dimaksudkan dengan kad hijau tersebut. Apa yang saya perhatikan terutama sekali di daerah lahad datu, mereka-mereka yang tidak mempunyai status turut bergembira dan berpusu-pusu dan menyebabkan pejabat pendaftaran lahad datu sesak sehinggakan pihak polis terpaksa mengawal kesesakan tersebut.Jadi disini saya cuma ingin kan kepastian dari pihak datuk apakah semuanya ini adalah dipersetujui oleh semua pemimpin terutama sekali pemimpin yang cintakan dan mempertahankan hak2 istemewa bumiputera.persoalaan yang timbul juga?

1. Apakah penangkapan pendatang asing yang diwar-warkan sebelum ini adalah omongon kosong saja?

2. apakah selepas 5 tahun dimana kad hijau tersebut akan di sambung lagi atau di tukar terus kepada kad pengenalan malaysia? tetapi apa2 pun bagi saya mereka tetap akan menghuni negri sabah.

3. apakah status bagi anak2 mereka yang dilahirkan disini? apa yang saya lihat mereka secara automatik akan mejadi warga malaysia dan paling menyedihkan adalah status mereka menjadi bumiputera disebabkan agama mereka adalah islam dan menjadi orang melayu sabah.

saya harap Datuk akan dapat meyakinkan saya bahawa apa yang kerajaan lakukan sekarang ini tidak akan memudaratkan anak2 jati sabah di kemudian hari.


sekian

johnny richard
Save
Cancel
Reply
 
x
OK